MAJLIS TILAWAH DAN FESTIVAL KESENIAN PERINGKAT DAERAH TELUPID 2014


IMG_4926IMG_4847IMG_4801

Hadir untuk mengiringi YB Datuk Haji Sairin Haji Karno, Naib Yang DiPertua USIA Pusat merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah untuk merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Telupid.

Pada ucapan perasmian YB Datuk Haji Sairin, beliau telah menekankan mengenai perlunya pembudayaan membaca dan menghayati intipati Kitab Al-Quran seterusnya menjelmakannya dalam kehidupan seharian.

Majlis yang diadakan di Perkarangan Masjid Derah Telupid itu telah dihadir sekitar 100 orang yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan orang ramai.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Dakwah Daerah Telupid Sdr Khamsah Sulaiman menjelaskan bahawa majlis berkenaan merupakan rutin bagi menyemarakkan lagi program-program keagamaan di daerah berkenaan.

Komentar:

InsyaAllah beberapa acara dan program akan disusun rapi bagi mengimarahkan lagi peranan masjid daerah ini. Apa yang penting adalah menyusun JK Badan Dakwah agar  dapat berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan.

Advertisements

KURSUS PENGHAKIMAN MTQ NEGERI SABAH


Alhamdulillah, hadir ke Kursus Penghakiman Majlis Tilawah Al-Quran Negeri Sabah sesi 2013.

Kursus kali ini diadakan di Sabah Oriental Hotel dengan tenaga pengajar yang pakar dalam bidang masing-masing.

Seramai 60 orang hakim MTQ Negeri Sabah hadir pada kursus kali ini.

3 DSC00854 DSC00842 DSC00843 DSC00844 DSC00845 DSC00846 DSC00847 DSC00850 DSC00852 DSC00853

MAJLIS KHATAM AL-QURAN, SAN APIN-APIN KENINGAU


Alhamdulillah, hadir ke Majlis Khatam Al-Quran atas jemputan Guru Besar Sekolah Agama Negeri Sabah Pekan Apin-Apin, Keningau.

Majlis seumpama ini wajar diteruskan dan diperluaskan ke sekolah-sekolah SAN lain. Matlamatnya untuk meraikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan Sijil Rendah Agama seterusnya sebagai simbolik bahawa pelajar ini telah khatam Al-Quran.

Terimakasih di atas jemputan.

Antara Yang HAdir Hamper SAN Apin-Apin Keningau IMG_2866 IMG_2879 IMG_2891 IMG_2923 IMG_2945 IMG_2956 IMG_2960 IMG_2963 Majlis Khatam Quran SAN Apin-Apin - Copy

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM (DMDI), KALI KE-3 DI MELAKA


Tahniah kepada Kerajaan Melaka kerana telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI 2012) kali ke-3.  Majlis berlangsung bermula 2-5 Ogos 2012.

Sejak majlis ini diperkenalkan di peringkat DMDI, Negeri Sabah adalah antara negeri yang menyertainya.

Tahun ini Negeri Sabah telah menghantar seorang Qari dan Qariah sebagai peserta dalam majlis yang besar ini. Qari adalah Saudara Encik Abdul Basith bin Harisah manakala Qari adalah Cik Soufizah Mousin.

Sebelum ini, Negeri Sabah pernah di wakili oleh Qari seperti Ustaz Mohd Raffee Ghalil Abbas, Encik Razman Asmat manakala Qariah oleh Cik Nurfaten Izzati Rablin. Pada tahun 2011, Cik Nurfaten Izzati Rablin muncul Johan Qariah mengatasi lebih 2o qariah lain.

Tahun ini juga, berlaku peningkatan penyertaan berbanding tahun-tahun sudah. Seramai 58 orang di kalangan Qari dan Qariah dari pelbagai negara telah menyertai majlis ini.

Seperti tahun 2011, majlis ini diadakan di Masjid Al-Azim yang merupakan Masjid Negeri Melaka. Manakala peserta ditempatkan di Hang Tuah City Hotel.

Kita mengharapkan Qari dan Qariah Negeri Sabah mendapat tempat pada majlis tersebut.