MAKAN AMAL ALUMNI SUIS DAN SMU TAMBUNAN 2014


sui05

Alhamdulillah, petang ini berkunjung ke Daerah Tambunan untuk menghadiri Majlis Makan Amal anjuran ALUMNI SUIS dan SMU Tambunan untuk tahun 2014.

Pada majlis ini saya mengambil kesempatan beramah mesra dengan sahabat-sahabat yang pernah menimba ilmu di bangunan sekolah berkenaan.

Majlis yang serba ringkas namun cukup meriah ini dihadiri hampir 300 orang yang datang dari beberapa daerah seperti Daerah Ranau, Daerah Keningau dan Daerah Tambunan sendiri.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustazah Zubaidah Abdul Rahim dan guru-gurunya yang berjaya melaksanakan program ini sekalipun menghadapi kekangan masa dan tenaga.

InsyaAllah di masa hadapan buat yang terbaik.

       sui09sui06sui02sui01sui08sui07sui04sui03

Advertisements

SEMOGA SAHABATKU DIBERI KEKUATAN UNTUK MENGEMUDI USIA BAHAGIAN TAMBUNAN


Antara gembira dalam  sedih ketika berlaku peralihan amanah sebagai Ketua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Tambunan kepada sahabatku sdr Azmi Haji Sidik.

Gembiranya, sejak memegang amanah ini selama 6 tahun bermula 2006-2012 bolehlah saya katakan ada beberapa tindakan yang dilaksanakan bersama sahabat lain telah mengembalikan nama USIA di bahagian ini ke jiwa masyarakat muslim Tambunan.

Pertubuhan ini pada mutaakhir telah menarik minat belia dan beliawanis berkecimpung bersama dalam dakwah Islamiah. Buktinya,boleh dikatakan rata-rata barisan pimpinannya terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 40 tahun.

Kewujudan pejabat serta pembatntu tadbir secara kekal juga telah melicinkan lagi pentadbiran seharian.

Sedihnya, apabila tidak lagi bersama-sama dengan sahabat seperjuangan di Peringkat Bahagian ini.

—————

Apa yang saya harapkan adalah, semoga sahabat saya Sdr Azmi Haji Sidik dengan dibantu oleh Cikgu Tajudin Mohd Ali dan  Cikgu Aziz Raimin serta AJKnya agar terus bekerja dengan seikhlasnya demi masyarakat muslim setempat.

Didoakan kalian agar diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus menggalas amanahNya sekalipun berhadapan dengan tribulasi dan mehnah yang datang bertali arus.

Saya dapati kini pimpinan USIA Bahagian Tambunan kian matang dalam menghadapi apa jua isu dan situasi. Kebijaksanaan dan Hikmah kian terserlah dalam apa jua keadaan. Alhamdulillah.

Harapanku pada Ketua Belia USIA Tambunan yang baru, sahabatku Ustaz Suhaidi Ag Damit. Harapan yang amat tinggi diletakkan pada bahu saudara memimpin belia muslim di daerah ini.

Ambilah inisiatif yang kreatif dan inovatif menarik mereka agar cinta pada gerakan dakwah Islamiah khususnya di daerah ini.

Percayalah kekuatan kita terletak pada mereka untuk 20 tahun malah 100 tahun akan datang!

SEKITAR AKTIVITI SOLAT SUNAT AIDIL ADHA DAN MAJLIS QURBAN DI SURAU KAMPUNG MELOUT, TAMBUNAN


Alhamdulillah selesai menunaikan solat sunat Aidil Adha untuk tahun 1432/2011 tahun ini.

Seperti solat sunat Aidil Fitri baru-baru ini, solat sunat Aidil Adha diadakan di surau Kampung Kirokot Melout. Syukur, setiap sudut di penuhi oleh jemaah muslimin dan muslimat yang hadir meskipun cuaca kurang baik.

Solat sunat di pimpin oleh sahabat saya Sdr Mustafa Malisin. Khutbah beliau berkisar mengenai perpaduan serta kesatuan ummah. Tidak lupa pesanan mengenai pentingnya hidup beragama sesuai dengan syariat Allah swt.

Seperkara yang umat di sini syukuri adalah dengan sumbangan seekor lembu daripada dermawan yang ingin melihat saudara semuslim merasai nikmat aidil adha.

Sehubungan dengan itu, umat muslimin di tiga buah kampung iaitu Kampung Kirokot Melout, Kampung Tampasak Liwan dan Kampung Tonop ingin mengucapkan syukur dan penghargaan pada Ustaz Abdul Imam Basirun, Ustaz Sakaria Samela dan Yadim Sabah yang di ketuai Tuan Samin Ongki di atas sumbangan lembu qurban tersebut.

Daging qurban telah diagih-agihkan kepada 40 ketua keluarga di sekitar kampung tersebut.