SAKAG


Logo SAKAG

Sekembali daripada bermesyuarat di Kuala Lumpur, saya bergegas ke Daerah Keningau sekitar jam 6.oo petang dan tiba 3 jam kemudian.

Hari ini, diadakan sambutan hari keluarga kali ke-6 oleh Persatuan Keluarga Dusun Karanaan Liwan Sabah atau dalam bahasa etniknya Koisaan Sinakagon Dusun Karanaan Liwan Sabah atau ringkasnya SAKAG.

Secara ringkasnya, SAKAG adalah satu persatuan keluarga yang menghimpunkan semua anak-anak cucu yang datang dari 15 moyang.

Dalam 15 moyang ini, keluarga saya merupakan salah satunya.

Walaupun persatuan ini telah wujud sejak 16 tahun lalu, namun saya belum berjaya merungkai dan mengkajinya secara menyeluruh.

Difahamkan buku telah dicetak pada tahun 2000 dengan memuatkan salsilah keturunan keluarga ini. Sedikit masa saya akan dapatkan buku ini.

Pada ucapan presiden SAKAG, dinyatakan jumlah ahli keluarga ini pada tahun 2000 adalah lebih daripada 5000 orang. Bermakna, tahun 2010 ahlinya sudah pasti bertambah.

Antara orang-orang kenamaan yang termasuk dalam keluarga SAKAG ini adalah, YB. Datuk Frankie Chong, YB Datuk Justin Guka, YB Datuk Pairin Kitingan dan ramai lagi.

Apa yang saya harapkan, biarlah mereka yang mempunyai jawatan ini sesekali cuba membantu ahli-ahli yang masih dirundung kemiskinan dan kejahilan.

Meskipun ramai di kalangan ahli keluarga ini yang berjawatan profesional namun tidak dinafikan masih ramai yang ketinggalan jauh di belakang sana samaada soal ekonomi mahupun pendidikan.

20 Mac 2010 ini  mesyuarat Agung SAKAG, saya menyeru ahli agar memilih yang terbaik untuk dijadikan sandaran mengubah nasib ahli SAKAG ini!. Datanglah ramai untuk memilih pemimpin.

Bantu Membantu

By pustakaalghazali Posted in Sakag

MELAWAT KILANG RADIX SABAH


 

Menyertai rombongan Unit Makanan Gunaan Islam di bawah seliaan Tuan Haji Sotimin Sarun untu melawat Kilang Radix di pinggir Lok Kawi Kota Kinabalu.

Seperkara, kilang asal radix ini terletak di Perlis dan diurus oleh seorang anak tempatan yang cukup berjaya. Alhamdulillah!

Berkat kerja kuat dan kerja amal yang beliau amalkan, kini kilang berkenaan telah dikembangkan ke Sabah. Justeru itu, bekalan produk ini di negeri ini akan mencukupi.

Lawatan ini dilakukan untuk memenuhi permintaan syarikat ini agar mendapat status persijilan halal. Meskipun telah memperolehnya di Negeri Perlis, namun merupakan satu prosedur memperolehnya semula untuk negeri ini.

Saya doakan syarikat ini terus berjaya dalam menerajui usahawan muslim yang beriman.

RE-UNION SUIS/SMU TAMBUNAN 1972-2015


Tuan Haji Ahmad Darbi Lubis ketika mengisahkan sejarah SUIS Tambunan

Saya terpanggil untuk  membicarakan perihal cadangan untuk mengadakan Re-Union SUIS-SMU Tambunan akan datang.

Cadangan ini banyak mendapat sambutan sahabat-sahabat terutama mereka yang pernah mengecapi peluang menimba ilmu di bawah bumbung kedua-dua sekolah ini. Cadangan dan pendapat datang tidak kira generasi 1970`an, 1980`an, 1990`an dan 2000`an.

Seperkara, SUIS Tambunan pernah mengadakan Re-Union atau Jubli Perak pada tahun 2000.

Ketika itu, sekolah SUIS Tambunan masih di bawah pimpinan Allayarham Tuan Haji Ahmad darbi Lubis.

Pada majlis itu juga, sebuah buku yang mengisahkan sejarah penubuhan SUIS Tambunan telah dicetak sebagai salah satu usaha mengabadikan sejarah sekolah ini pada generasi mendatang. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana antara ramai-ramai individu yang terlibat menyiapkannya. (Nota: Untuk mendapatkan buku berkenaan sila berhubung dengan Guru Besar SUIS Tambunan)

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suhaili Said yang mewakili YB Datuk Haji Lajim Haji Ukin. Saya menjangkakan hampir 1500 orang hadir pada ketika itu.

Kini, di kalangan sahabat ada yang mencadangkan agar diadakan sambutan Re-Union kali kedua. Dalam erti kata lain Sambutan Jubli Emas.

Saya mencadangkan agar diadakan pada tahun 2015!

Namun ramai juga yang menyatakan bahawa 2015 telalu lama, sebaliknya mencadangkan agar diadakan seawal mungkin. Antara cadangannya adalah 2012 dan 2013.

Hakikatnya, Perbincangan ini masih terbuka luas.

Saya mengalu-alukan cadangan sahabat-sahabat sealumni sekalian!

Tuan Haji Naim Majin, Pengerusi ALUMNI SUIS Tambunan

Perarakan ALUMNI SUIS Tambunan dari Dewan Masyarakat Tambunan ke SUIS