bangau

Ramai orang bercerita tentang lagu BANGAU OH BANGAU.

Saya sendiri sampai saat ini masih belum dapat pengertian dan pengajaran lagu ini. Mungkin kelemahan saya sendiri untuk tidak berusaha!

Sahabat dan kawan-kawan di luar sana, mohon kiranya ada yang tahu tentang pengajaran dan maksud simbolik lagu ini. Kongsi sikit!

Pendapat:

Lagu bangau oh bangau merujuk kepada sikap manusia yang saling menyalahkan dan melihat kesalahan orang lain tetapi tidak nampak kesalahan diri sendiri.walaupun lagu ini telah lama tetapi amat relevan pada setiap masa kerana begitulah sikap manusia. Daripada: adijgt@yahoo.com.my

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“Bangau o Bangau” …
Siapakah si pencipta lirik lagu ni.. kalau didengar secara kasar mmg biasa2 ja…sekadar hiburan … tp klu diamati betul2 liriknya, bagi saya ia bermaksud “SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU PASTI ADA PENYEBABNYA”

Tp saya rasa bgs tya dgn si pencipta… pasti dia tahu APA maksudnya yang tersirat ….

– Daripada: mas_anilla@yahoo.com

Luas maknanya…. Tapi secara ringkasnya menceritakan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain. Tapi bila ada peluang dan kesempatan, orang itu akan di kuasainya pula.
Jadi sama-samalah kita tolong menolong dan bantu menbantu di antara satu sama lain. Itulah kehendak Islam. Daripada: tintaku@live.com