RE-UNION SUIS/SMU TAMBUNAN 1972-2015


Tuan Haji Ahmad Darbi Lubis ketika mengisahkan sejarah SUIS Tambunan

Saya terpanggil untuk  membicarakan perihal cadangan untuk mengadakan Re-Union SUIS-SMU Tambunan akan datang.

Cadangan ini banyak mendapat sambutan sahabat-sahabat terutama mereka yang pernah mengecapi peluang menimba ilmu di bawah bumbung kedua-dua sekolah ini. Cadangan dan pendapat datang tidak kira generasi 1970`an, 1980`an, 1990`an dan 2000`an.

Seperkara, SUIS Tambunan pernah mengadakan Re-Union atau Jubli Perak pada tahun 2000.

Ketika itu, sekolah SUIS Tambunan masih di bawah pimpinan Allayarham Tuan Haji Ahmad darbi Lubis.

Pada majlis itu juga, sebuah buku yang mengisahkan sejarah penubuhan SUIS Tambunan telah dicetak sebagai salah satu usaha mengabadikan sejarah sekolah ini pada generasi mendatang. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana antara ramai-ramai individu yang terlibat menyiapkannya. (Nota: Untuk mendapatkan buku berkenaan sila berhubung dengan Guru Besar SUIS Tambunan)

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suhaili Said yang mewakili YB Datuk Haji Lajim Haji Ukin. Saya menjangkakan hampir 1500 orang hadir pada ketika itu.

Kini, di kalangan sahabat ada yang mencadangkan agar diadakan sambutan Re-Union kali kedua. Dalam erti kata lain Sambutan Jubli Emas.

Saya mencadangkan agar diadakan pada tahun 2015!

Namun ramai juga yang menyatakan bahawa 2015 telalu lama, sebaliknya mencadangkan agar diadakan seawal mungkin. Antara cadangannya adalah 2012 dan 2013.

Hakikatnya, Perbincangan ini masih terbuka luas.

Saya mengalu-alukan cadangan sahabat-sahabat sealumni sekalian!

Tuan Haji Naim Majin, Pengerusi ALUMNI SUIS Tambunan

Perarakan ALUMNI SUIS Tambunan dari Dewan Masyarakat Tambunan ke SUIS

11 comments on “RE-UNION SUIS/SMU TAMBUNAN 1972-2015

  1. Assalamu’alaikum…
    Setuju sangat2 dengan cadangan tuan itu…bagi saya, 2015 tu lambat sangat ba…mungkin boleh diawalkan lagi, tapi bergantung juga kepada kesediaan. Bagus juga jika AJK dibentuk awal, keputusan pelaksanaannya juga boleh ditetapkan lebih awal…tkasih

  2. Assalamualaikum….
    saya amat bersetuju dengan cadangan tersebut.elok juga kita bentuk AJK (apa juga nama,AJK penaja ka…)Dengan adanya AJK, kerja awal boleh dijalankan.Tahun 2015 terlalu lama nanti sejuk semangat.2011 atau 2012 mungkin lebih sesuai.

  3. Alangkah indahnya kalau saya dapat sama2 menghadirinya…..carilah masa yang paling sesuai……

  4. assalamualaikum..
    pada pendapat saya, seeloknya reunion ini diawalkan..rasanya thun 2015 terasa begitu lama…2012 or 2013 pun ok jga 2 ustaz…

    • W.salam.
      Sabirah, pendapat itu bagus!. Ramai sahabat mahu diperawalkan dan sudah ada perbincangan untuk serius ke arah ini.

  5. assalamualaikium ust, sy ada kawan2 yg byk pengalaman dalam menganjurkan sambutan Jubli seperti ini..ikut pengalaman mereka klu mahu bt program ni kna ada gap lebih kurang setahun bru boleh buat. contohnya, klu kita planning tahun ini, maksudnya tahun 2012 barulah kita laksanaknnya..maksudnya kita ada masa untuk bt segala mcm perancangan pd thn ini dan tahun 2011. jadi program kita tidak terlalu lewat dan tidak terlalu awal..

  6. Madrasah Khairu Ummah

    Kami memerlukan sumbanggan anda untuk menjayakan pembenaan pondok ini. #Segala sumbangan hendaklah disalurkan melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad No akaun : 0302-0000656-71-8 dan Maybank Islamic Berhad No akaun: 55310 4411 805 di bawah nama:-PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH).

    Sila Layarai – http://khairuummah77.wordpress.com/

  7. Salam… seronok ne gath.. mesti byk crta yang akan dikongsi.. 🙂 masa gath nnt mesti masing2 bawa family.. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s