Tuan Haji Ahmad Darbi Lubis ketika mengisahkan sejarah SUIS Tambunan

Saya terpanggil untuk  membicarakan perihal cadangan untuk mengadakan Re-Union SUIS-SMU Tambunan akan datang.

Cadangan ini banyak mendapat sambutan sahabat-sahabat terutama mereka yang pernah mengecapi peluang menimba ilmu di bawah bumbung kedua-dua sekolah ini. Cadangan dan pendapat datang tidak kira generasi 1970`an, 1980`an, 1990`an dan 2000`an.

Seperkara, SUIS Tambunan pernah mengadakan Re-Union atau Jubli Perak pada tahun 2000.

Ketika itu, sekolah SUIS Tambunan masih di bawah pimpinan Allayarham Tuan Haji Ahmad darbi Lubis.

Pada majlis itu juga, sebuah buku yang mengisahkan sejarah penubuhan SUIS Tambunan telah dicetak sebagai salah satu usaha mengabadikan sejarah sekolah ini pada generasi mendatang. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana antara ramai-ramai individu yang terlibat menyiapkannya. (Nota: Untuk mendapatkan buku berkenaan sila berhubung dengan Guru Besar SUIS Tambunan)

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suhaili Said yang mewakili YB Datuk Haji Lajim Haji Ukin. Saya menjangkakan hampir 1500 orang hadir pada ketika itu.

Kini, di kalangan sahabat ada yang mencadangkan agar diadakan sambutan Re-Union kali kedua. Dalam erti kata lain Sambutan Jubli Emas.

Saya mencadangkan agar diadakan pada tahun 2015!

Namun ramai juga yang menyatakan bahawa 2015 telalu lama, sebaliknya mencadangkan agar diadakan seawal mungkin. Antara cadangannya adalah 2012 dan 2013.

Hakikatnya, Perbincangan ini masih terbuka luas.

Saya mengalu-alukan cadangan sahabat-sahabat sealumni sekalian!

Tuan Haji Naim Majin, Pengerusi ALUMNI SUIS Tambunan
Perarakan ALUMNI SUIS Tambunan dari Dewan Masyarakat Tambunan ke SUIS