Bertukar-tukar fikiran
Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin sedang mempengerusikan mesyuarat penaja
Ahli Jawatan Kuasa Penaja PERKIM di Negeri Sabah

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) akan mengembangkan sayapnya ke Sabah dalam tempoh terdekat. Perkembangan ini sekaligus akan mewarna-warnikan kepelbagaian metod dakwah di negeri ini. InsyaAllah.

Saya menyambut baik perkembangan ini, namun perlu ada persefahaman dan permuafakatan ampuh di kalangan NGO lain. Saya berpendapat perkembangan ini mampu memantapkan pergerakan sedia ada.

Pengerusi sementara, Datuk Seri Panglima Datuk Lajim Haji Ukin menegaskan PERKIM di Sabah kelak lebih menekankan soal latihan dan kebajikan di kalangan saudara kita.

Hadir sama ialah YB Datuk Syed Abas Syed Ali, YB Datuk Haji Mohd. Ariffin Mohd Arif, YB Datuk Ghulam, YB Datuk Jainab serta rakan-rakan lain.