Hadir ke program sehari “SEMINAR ISU-ISU AQIDAH SIRI 1 yang telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Informasi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah pada 21 Disember 2010.

Dilihat pada objektif berkenaan antaranya; Memberi kefahaman kepada peserta tentang isu-isu aqidah yang berlaku dalam masyarakat setempat khususnya di Sabah; Memberi maklumat semasa kepada audien tentang perkembangan dan ancaman ajaran dan fahaman yang menyalahi agama islam; dan memberi kesedaran kepada masyarakat agar bersama-sama mengambil berat tentang kefahaman aqidah yang betul berdasarkan ajaran yang sebenar.

Lebih daripada 400 orang pelbagai latarbelakang menghadiri program ini.

Antara kertas kerja yang dibentangkan adalah; 1. Sejarah Ajaran Qadiani dan Ciri-Cirinya yang disampaikan oleh YM Tuan Haji Bungsu Aziz Jaafar, Timbalan Presiden Perastuan Ulama Malaysia Cawangan Sabah, 2. Menangani Ajaran Qadiani: Pengalaman Negeri Selangor  dan Sihir serta Amalan Perbomohan Dalam Masyarakat Islam oleh Ybhg. Datuk haji Ismail Kamus.

Program seumpama ini cukup bagus diteruskan dari masa kesemasa.