Alhamdulillah malam ini diadakan Forum Ehwal Islam (Anjung AtTaqwa) Anjuran JHEAINS dan RTM Sabah bertempat di Masjid Daerah Putatan.

Forum ini diadakan bersempena dengan Majlis Tilawah AlQuran Peringkat Negeri Sabah Yang bakal diadakan pada 24-26 April 2024 di Dewan Sri Putatan, Daerah Putatan.

Antara ahli panel yang dijemput adalah YM SS Datuk Ustaz Haji Bungsu Aziz, Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan Ustaz Haji Ag Juri Ag Tahir, Timbalan Pengarah JHEAINS Sabah. Manakala perantara diamanahkan kepada Ustaz Ramlee daripada YADIM Sabah.

Turut serta pada program ini adalah YB Datuk Dr Haji Mohd Arifin Arif, Menteri KSTI,  Tuan Masawi, Pegawai Daerah Putatan, Tuan Haji Kahar, Pengerusi Masjid Daerah Putatan dan jemaah masjid.