Alhamdulillah sekitar jam 11.00 pagi tadi saya telah menghubungi Kak Sharifah Nadrah, isteri arwah Pak Guru Haji Darbi Lubis. Tujuannya adalah mengenai perkembangan hajat Kak Sharifah untuk kembali ke kampung halamannya di Medan, Indonesia.

Saya ada mencadangkan pada Kak Sharifah, yang kami amat gembira kiranya terus tinggal dan menetap di Daerah Tambunan. Namun jawab beliau, tiada siapa yang ada di sini (katanya dalam keadaan sebak).

Saya menamatkan perbualan mengenai perkara itu, kerana saya dengan sahabat lain akan melawat beliau esuk (Jumaat) nanti.

Seperkara yang sempat saya sentuh adalah mengenai gambar-gambar arwah yang tersimpan di rumahnya. Saya memohon keizinan beliau agar gambar-gambar yang ada dikumpul untuk tujuan pembukuan sejarah penubuhan SUIS Tambunan. Saya merasakan sesuatu yang wajar kiranya sejarah penubuhan SUI Tambunan dibukukan.

Pada sambutan Jubli Perak SUI Tambunan pada tahun 2000 lalu, saya terlibat secara langsung dalam penerbitan buku sejarah SUI Tambunan 1972-2000. Namun penampilan buku tersebut masih banyak yang perlu dipertingkatkan untuk tatapan umum.

Pada sahabat di luar sana, kiranya ada idea untuk merealisasikan impian ini.