Schoolmate Roslan Abidin antara mantan pelajar SUIS Tambunan
Schoolmate Roslan Abidin antara mantan pelajar SUIS Tambunan

 

Semasa bertandang ke Padang Bandaraya Kota Kinabalu saya disapa oleh seseorang. Yang saya maksudkan adalah saudara Roslan Abidin.Beliau adalah antara ratusan tenaga dan produk hasil didikan Allahhyarham Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis. Kalau tidak silap sekitar 1986-1999. Beliau berasal dari Kampung Kumawanan.

Bila terjumpa beliau, teringat saya suatu ketika dulu semasa di bangku sekolah. Beliau antara sahabat yang nakal (nakal baik). Suka mengusik adik-adik tapi mesra dengan kawan-kawan. Beliau antara yang pernah menjadi serikanda SUIS Tambunan ketika dulu.

Bila terjumpa beliau, banyak kenangan yang kami ceritakan semula berkaitan kisah-kisah lampau.

Namun, kini saya tabik dengan beliau! Beliau antara ribuan serikanda Negara yang menjaga keselamatan Negara. Kini beliau berkhidmat dalam angkatan tentera Malaysia. Malah yang membanggakan sekali mungkin satu-satunya anak SUIS Tambunan yang pernah berkhidmat di Negara-negara NAM, Negara Syria dan Negara Lubnan.

Saya kagum bilamana beliau menceritakan pengalaman beliau bertugas di Negara Lubnan semasa penjajah Israel menceroboh Negara tersebut. Beliau antara petugas pengaman di sana. Malah kata beliau, Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis pernah dihubunginya untuk mendapat perkenan doa sebelum bertolak ke Lubnan.

Tahniah buat sahabat Roslan Abidin.

 

Antara kontinjen mengambil bahagian
Antara kontinjen mengambil bahagian

 

Gagah, Pasukan Tentera yang mengambil bahagian dalam raptai
Gagah, Pasukan Tentera yang mengambil bahagian dalam raptai
Serikandi Negara
Serikandi Negara
Pengurus Kompang Kesenian Islam Sabah, Tuan Haji Hasan Wahab
Pengurus Kompang Kesenian Islam Sabah, Tuan Haji Hasan Wahab